Sunday 4 March 2012

N.I.A Power Girls dlm FTA



Memperkenalkan N.I.A Power Girls dlm FTA





Haa..inilah dia 3 serangkai yang dikenali sebagai N.I.A Power Girls dalam FTA..kami memperjuangkan visi dan misi FTA utk terus maju dalam bidang ini. Baru setahun bersama berkerja dibawah satu bumbung, tapi keserasian kami menyerlah seperti isi dan kuku..dimana ada N akan ada I, dimana ada N.I pasti ada pula A..disitulah wujudnya N.I.A Power Girls..hahahahaha..






Ini episod kami bersama-sama menyediakan juadah utk jamuan hari raya yg dilangsungkan di FTA ...sambil2 menyiapkan juadah utk tetamu yg hadir, kami juga bergilir2 dalam menyiapkan tugas harian..inilah semangat juang kami wanita2 FTA..hehehe


Ini pula episod kami di Telok Senangin, Lumut. Antara percaya atau tidak, kami akan sentiasa bertiga, tak kira dimana destinasi dan juga keadaan. Itulah yg sentiasa kami praktikkan untuk menjadi N.I.A Power Girls yg akan terus gigih berusaha menjayakan FTA utk lebih maju dimasa akan datang...

Diharap, kenangan dan juga semangat yg kami bawa ini akan terus berkekalan dimasa akan datang. Dengan berkat kesungguhan dan juga izin Allah, kami mencapai pelbagai kejayaan yg dicapai sepanjang bersama dalam FTA. Semoga Allah akan terus memberkati perjuangan kami di FTA. InsyaAllah...

Untuk keterangan lanjut FTA, klik link dibawah:-

http://fasttradeagencygold.blogspot.com/

Thursday 1 March 2012

Aktiviti bersama Fast Trade Agency


Aktiviti "Road Show" Di Serendah.





Salah satu aktiviti Fast Trade Agency dalam memperkenalkan nama dan juga perkhidmatan yang kami sediakan. Dalam kesibukan kerja seharian, ruang untuk lebih mengenali akan keadaan sekeliling adalah lebih dekat. Bertemu pelanggan dalam suasana terbuka lebih mendekatkan hubungan silaturahim antara kami. Yang pasti, lambang merah menjadi keutamaan kami pada hari tersebut.



Kerjasama dalam berpasukan adalah kunci kepada kejayaan FTA dalam merealisasikan setiap program yang di jalankan. Dalam menjayakan setiap program, warga kerja FTA akan memastikan pelanggan mendapat input berguna sebelum proses pembelian hartanah lelongan. Inilah yang kami amalkan dalam rutin seharian. Pn.Yati nampak begitu bersemangat gayanya...hehehe



Sambil-sambil memberikan senarai lelongan kepada pelanggan, sempat juga Ida memberikan "pose" terbaik sepanjang program dilaksanakan. Bak kata pepatah "Sambil menyelam minum air".....



Nampak Ida ber"posing", saya juga tidak ketinggalan untuk bergambar kenang-kenangan sepanjang kunjungan kami di Serendah. Ini pastinya akan menjadi pembakar semangat untuk kami terus berusaha dalam memajukan FTA untuk lebih dikenali.



Setelah penat bekerja, inilah masanya untuk kami berdua menghabiskan masa untuk menjamu selera sementara rakan-rakan lain pula melayan pelanggan yang datang ke "booth" kami. Hmmmm...memang seronok kerja berpasukan macam ni. Kesempatan yang ada juga kami jadikan sebagai medium untuk kami mendekatkan hubungan sesama sendiri.




Tidak ketinggalan...inilah orang kuat FTA dalam melancarkan program yang dijalankan pada hari tersebut. Segala perancangan rapi sebelum program dilaksanakan, Pn.Yati dan Hajah Noor adalah mereka-mereka yang banyak membantu dalam menjayakan misi tersebut.



Kunjungan tetamu kehormat ke "booth" kami adalah satu penghargaan yang tidak terhingga. Terima kasih diucapkan dan kami akan sentiasa berharap kunjungan kami adalah yang pertama dan akan berterusan apabila program seperti ini diadakan pada masa yang akan datang. Kesungguhan Pn.Yati dan juga Hajah Noor dalam menerangkan kepada pelanggan untuk khidmat yang kami sediakan sangat-sangat dihargai. .



Inilah usaha yang kami cuba tampilkan kepada semua pelanggan supaya khidmat kami di FTA dikenali. Semangat bekerjasama dalam menjayakan sesuatu program tanpa mengenal erti penat dan jemu. Sokongan tanpa berbelah bahagi untuk kejayaan yang berterusan FTA dan juga sokongan penuh buat En Suhadi sebagai peneraju utama FTA.



Inilah sebahagian dari kami yang akan menjayakan dalam menaikkan nama FTA ke serata tempat. Walaupun baru setahun jagung, khidmat dan juga visi kami akan terus dilaksanakan supaya mendapat tempat dihati semua pelanggan. 
Inilah coretan suka-suki kami sepangjang program ini berlangsung. Terima kasih kepada warga kerja Fast Trade Agency dalam menjayakan program ini. Esok lusa kita macam ni lagi erk..



Untuk keterangan lebih lanjut berkaitan Fast Trade Agency, sila layari link dibawah:-